Delina bermula dengan aroma segar dan berair daripada Rhubarb, diserikan dengan sentuhan keanggunan Bergamot, bagi menyerlahkan watak utama di bahagian awal iaitu buah Laici. Laici yang manis, lembut bak gula, feminin dan penuh pesona. Perlahan-lahan, kelopak Mawar yang menggoda semakin mekar, lalu menguar ke deria bau dengan cara yang menggugah dan membelai, berpadu dengan rasa manis dan segar yang masih berbekas daripada Laici. Pada saat ini, haruman Delina…
Ia boleh digambarkan seperti kelopak Mawar yang diadun bersama gula dan kemanisan buah Laici, seakan cara kita membuat jem daripada buah-buahan.
Dari nota atas sudah tergambar kesegaran dan keremajaan melalui aroma Buah Laici, Pir dan Bergamot. Perlahan-lahan, haruman beralih kepada pesona Mawar, Peony, nota Akuatik dan bunga-bungaan yang membuka rangkaian wangian manis nan lembut. Akhirnya, Musk putih berpadu dengan kehangatan Kayu dan Vetiver, mencipta sentuhan menggoda yang sentiasa membangkitkan deria bau. Inilah keindahan semula jadi dan memikat yang dibawa oleh Parfums de Marly Delina La Rosée.
Nota atas: Buah Laici, Rhubarb, Bergamot, Pala.
Nota tengah: Mimosa, Bunga Melati, Mawar Turki, Bunga Ylang-ylang.
Nota asas: Kacang Tonka, Patchouli, Resin Opoponax, Vanila, Vetiver, Musk putih.
Nota atas: Buah Laici, Pir, Bergamot
Nota tengah: Mawar Turki, Peony, Nota Akuatik, Nota Bunga
Nota asas: Musk putih, Kayu, Vetiver Haiti